SK Kampung Paloh telah mengadakan majlis ibadah korban sempena sambutan hari raya Aidiladha pada 6 November 2011 yang lalu. Dua ekor lembu telah dikorbankan dan disumbangkan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Semua guru, kakitangan sekolah dan semua penduduk kampung sama-sama bergotong-royong melapah daging korban untuk dimasak dan diagih-agih kepada penduduk kampung.
Program bermula pada jam 8 pagi, dimana semua hadirin berkumpul di masjid untuk bertakbir, mendirikan solat sunat Aidiladha dan juga mendengar khutbah. Jam 9 pagi semua hadirin dijemput untuk menjamu selera di kawasan perkarangan sekolah yang dipasang kanopi untuk keselesaan semua. Jamuan telah disediakan oleh penduduk-penduduk kampung yang membawa juadah dari rumah masing-masing. Jam 10 pagi, dua ekor lembu disembelih berhampiran kawasan sekolah dan daging lembu mula dilapah oleh penduduk-penduduk kampung.
Majlis turut diserikan dengan pertandingan Takbir Raya oleh semua murid-murid sekolah yang dibahagi kepada tiga kumpulan. Hakim diketuai oleh Guru Besar sekolah, Encik Wan Kamarulzaman bin Hj Wan Ali. Kaum perempuan menyediakan masakan manakala kaum lelaki melapah daging untuk diagih-agihkan. Jamuan diadakan selepas makanan siap disediakan. Diharap program seumpama ini dapat dijalankan untuk masa-masa yang akan datang kerana telah berjayakan merapatkan hubungan silaturrahim diantara warga sekolah dan juga penduduk kampung.
No comments:
Post a Comment