FLASH

Sunday, April 3, 2011

DEMI KESIHATAN MURID

Pertengahan Februari yang lalu, SK Kampung Paloh dikunjungi oleh beberapa petugas kesihatan dari Saratok yang membekalkan ubat pencegahan penyakit untut bagi murid-murid dan semua kakitangan sekolah. Warga sekolah ini diarahkan supaya mengambil ubat ini sebagai pencegahan penyakit ini kerana nyamuk yang menjadi vektor kepada penyebaran penyakit ini hidup dan membiak di kawasan pokok-pokok nipah yang terletak berhampiran sekolah ini.
 

Pada pertengahan Mac yang lalu pula, kakitangan Klinik Kesihatan Kabong bersama-sama beberapa pelatih mengunjungi sekolah untuk menjalankan pemeriksaan asas kesihatan murid-murd khususnya murid-murid Tahun 1. Selain itu, pemeriksaan kesihatan yang ringkas turut dijalankan pada setiap guru dan kakitangan sekolah. Antara yang direkodkan adalah tekanan darah dan juga kandungan gula dalam darah.

No comments:

Post a Comment