FLASH

Monday, April 18, 2011

Hall of Fame : Pertandingan Membina Istana Pasir



Pada 25.7.2010 seramai lima orang murid SK Kpg.Paloh telah menyertai pertandingan membina Istana Pasir sempena Pesta Pantai Kabong 2010.Pertandingan yang bertempat di Pantai Tanjung Kembang,Kabong ini telah disertai oleh  pasukan-pasukan dari sekolah rendah Zon Kabong.Wakil SK KPg. Paloh telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini.Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terlibat.Berikut ialah foto-foto yang sempat dirakamkan sepanjang pertandingan berlangsung.



























Dari kiri : Nur Eizrynn Shafiqah,Rabiah,Faizatul Akmal,Zairul,Abg.Azratul Azwan



Tuesday, April 12, 2011

Hall of Fame : Pasukan Poco-Poco

 Pasukan yang sering mewakili sekolah dalam pertandingan poco-poco peringkat zon Kabong.

Pertandingan sempena Hari Anti Dadah , Kabong (saguhati)


Pertandingan sempena Pesta Pantai,Kabong ( saguhati)

Tempat ke 2 sempena Pesta Pantai, Kabong

Monday, April 4, 2011

PALOH NAMAMU TERATAS



Awal November 2010, seorang guru SK Kampung Paloh telah berjaya menawan puncak tertinggi di Malaysia iaitu puncak Gunung Kinabalu. Atas dorongan dan sokongan daripada warga sekolah, Cikgu Syamsul-Amri Zainal mengapai awan puncak Kinabalu pada jam 6 pagi, 1 November 2010. Bersama-samanya adalah sehelai kertas yang tertera nama sekolah yang menjadi simbolik kepada kejayaan sekolah sama ada akademik mahupun kokurikulum boleh dicapai menerusi tekad dan semangat serta dorongan yang tidak berbelah bagi daripada guru dan ibu bapa.

Meskipun logo sekolah turut dibawa oleh Cikgu Amri, namun ianya tidak dapat digunakan kerana sudah terkena air hujan. Apapun semangat ini harus diterap pada setiap diri murid-murid dan terus bersama-sama menjulang nama Paloh sepertimana nama SK Kampung Paloh dibawa bersama ke bumbung Asia Tenggara.



Sunday, April 3, 2011

DEMI KESIHATAN MURID

Pertengahan Februari yang lalu, SK Kampung Paloh dikunjungi oleh beberapa petugas kesihatan dari Saratok yang membekalkan ubat pencegahan penyakit untut bagi murid-murid dan semua kakitangan sekolah. Warga sekolah ini diarahkan supaya mengambil ubat ini sebagai pencegahan penyakit ini kerana nyamuk yang menjadi vektor kepada penyebaran penyakit ini hidup dan membiak di kawasan pokok-pokok nipah yang terletak berhampiran sekolah ini.
 

Pada pertengahan Mac yang lalu pula, kakitangan Klinik Kesihatan Kabong bersama-sama beberapa pelatih mengunjungi sekolah untuk menjalankan pemeriksaan asas kesihatan murid-murd khususnya murid-murid Tahun 1. Selain itu, pemeriksaan kesihatan yang ringkas turut dijalankan pada setiap guru dan kakitangan sekolah. Antara yang direkodkan adalah tekanan darah dan juga kandungan gula dalam darah.

PERHIMPUNAN SEKOLAH


Perhimpunan sekolah merupakan rutin mingguan bagi setiap sekolah. Begitu juga dengan sekolah ini yang menjalankan acara perhimpunan di dewan sekolah. Gambar-gambar ini diambil ketika perhimpunan sehari sebelum cuti pertengahan penggal bulan Mac yang lepas. Guru Besar menyampaikan amanat dan pesan buat murid-murid supaya tidak leka ketika cuti dan sentiasa mengulang kaji pelajaran.

Saturday, April 2, 2011

SEBUAH BANGUNAN USANG


Ini adalah bangunan kelas SK Kampung Paloh. Bangunan ini tidak boleh digunakan lagi kerana sudah terlalu uzur. Sebelum ini projek rumah kabin yang dicadangkan untuk menggantikan bangunan ini merupakan khabar gembira buat segenap warga sekolah. Hari demi hari, minggu demi minggu, sehingga setahun sudah pun berlalu, tiada perubahan yang berlaku meskipun pelbagai cadangan sudah didengar. Kekangan bajet merupakan masalah yang telah diberitahu sejak setahun yang lalu. Dan warga sekolah tetap menanti, sebuah bangunan baru demi keselesaan murid-murid dan juga guru.